Monday, May 19, 2008

HARDSCAPE.

berikut adalah arkitek impression untuk bahagian landscape rumah ni. Ruang garage untuk menyimpan koleksi kereta atau barang2 besar. stepping stone untuk memberi laluan kepada kehijauan (reduce glare and heat)

Kolam ikankoi juga dengan jambatan stepping stone ke wakaf..(sesuai istirehat..ni.) memberi pandangan vista tepat ke ruang makan keluarga. Pemandangan ini juga dikongsi bersama ruang tetamu dapur kering dan juga bilik tidur utama(bawah)








Pandangan dari pintu masuk pejalan kaki ke2. merupakan pintu rasmi untuk pejalan kaki semasa majlis. menyediakan ruang pemasangan khemah dan wakaf akan berfungsi sebagai deck/pentas persandingan atau ucapan.

pandangan dari ruang tetamu.

LANDSCAPE 2

terdapat sedikit perubahan dari pelan asal untuk tidak menukar bumbung hadapan. ruang parkir yang sempit memaksa ruang dibesarkan untuk memuatkan 2 buah kereta, manakala kebuk sampah dialihkan kepada bahagian kiri pintu pagar. Bumbung hadapan juga ditukar imej bagi mendapatkan komposisi yang lebih dramatik.Papan kayu pemuka digunakan untuk tebar layar pada bahagian hadapan.




ruang landskap yang luas membenarkan satu elemen penyejukan natural untuk keseluruhan rumah. Kolam ikan selebar 5' dicadangkan setentang dengan ruang makan. Manakala di hulu terdapat wakaf rehat yang santai. Semua xtvt ini masih lagi privasi kerana pagar kayu balau setinggi 6' juga berfungsi sebagai backdrop unuk landscape dalam.




s

FACADE AND HARDSCAPE DESIGN 1



secara amnya rekabentuk keseluruhan adalah lebih menyediakan ruang kekeluargaan yang sempurna dan pada setiap masa. ketenangan,keindahan dan yang penting obat kesemua deria rasa setelah penat bekerja. Ini adalah pelan cadangan yang paling optimum (termasuk wakaf dan tempat letak kereta).