Friday, April 25, 2008

PRELIMINARY DESIGN

ground floor.extended area 454sqft (side) 200 sqft(rear).
Ruang dapur asal di ubah menjadi dapur kering yang lengkap dengan breakfast bar, manakala bilik 4 di tukar kepada ruang dapur basah dan bilik air baru. Ini memaksa lantai dipecahkan dan direndahkan 4" untuk mengelakkan limpahan air keluar dari ruang basah.
Bahagian setback 5' di jadikan ruang membasuh dan mengering pakaian. tambahan hanya pada tingkat bawah shj. Tambahan ini dari struktur separa kekal hanya untuk menempatkan ruang basuhan dan jemuran.Dinding pagar belakang ditambah dengan bricks untuk mendapatkan "sense of privacy" semasa kerja kerja membasuh dilakukan. Bumbung bahagian tersebut dari bahan polycarbonate(lut cahaya) beserta struktur kayu.
Tambahan bahagian sisi menempatkan tambahan ruang makan/keluarga dan bilik tidur utama.
Sebuah kolam ikan koi berhadapan dengan ruang makan dicadangkan sebagai "pengobat mata" dan ianya dapat ikongsi bersama ruang rehat.
Kehendak klien untuk menempatkan garage untuk menyimpan kereta dilokasi tersebut juga boleh direalisasikan pada masa akan datang (lepas dapat CF)

Tingkat atas tambahan lantai 454sqft.
Ruang bilik tidur 3 di ubah fungsi sebagai ruang TV/games anak2.

Ruang tambahan menempatkan 2 buah bilik dan bilik air(sharing)

1 comments:

hamidonhouse2 said...

Kahar,
Kami nak minta sedikit perubahan pada ground floor plan. Nak minta tukar tempat sikit i.e. tempat kitchen dengan bedroom. Size maintain. So nanti the kitchen kat sebelah menghadap bukit. Kalau idea ni tak elok, kami ikut sahaja yg sedia ada.